Tuesday, December 9, 2008

Korban

Ibadah Korban, Madrasah Ittihad-Diniyyah, Seksyen 6, Shah Alam

Lembu2 yg menunggu giliran untuk dikorbankan sebanyak 12 ekor

Kambeng aqiqah

Wajah sayu seekor lembu sebelum disembelih
Sesudah...

AJK penyembelihan bertungkus lumus melapah lembu yg telah disembelih

Lembu paling kurus....lembu terakhir (n0 12...giliran Syikin)

AJK yg bertungkus lumus membantu penyembelihan...baju merah kiri tu digelar budak lembu...setia duduk atas lembu mengusap kepala lembu sebelum disembelih...drpd lembu 1st sampai la yg terakhir (yg ke-12)...hahahah

Menyediakan bungkusan daging untuk diadihkan kepada yg memerlukan...budak lembu pun ada :D


Dah siap kerja2 melapah, menyiang, ,menimbang dan membungkus, semua yg terlibat dlm majlis dijamu makan tengah hari dengan sup tulang..ada roti perancis, roti benggali dan jugak nasik...marvelous....sup panas.....tapi yg dlm gambar tu..sup yg aku masak kt rumah...hehehhe

dalam sibuk2 membungkus daging tu..sempat gak bergossip...hahaha...terjumpa pulak anggota kumpulan nasyid Brothers, Faiz...duduk semeja semasa membungkus...rupa2nya duduk satu kawasan ....anak kawan my SIL...baru kawen rupanya....

Sekadar Renungan

HIKMAH, KEPADA SIAPA IBADAH KORBAN DISUNATKAN DAN SYARAT SAH KORBAN
HIKMAH BERQURBAN
Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.
Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.
Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN
Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.
Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN
Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.
Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.
Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.

No comments:

Post a Comment